Alhamdulillah...
Akhirnya barulah ada ruang dan peluang untuk meneruskan blog yang dah lama sepi ni. Banyak sebenarnya yang nak di kongsikan dengan yang diluar sana. Tapi aku tak punya banyak masa. Baru nak on komputer, si kecil ku akan datang mengacau. Tekan keyboard la, menangis la, nak susu la... dia nak mamanya beri perhatian untuk dia jer.
Amni sekarang dah pandai berjalan. Berlari pun dah boleh, tapi tak berapa nak stabil juga lagi la. Dah pandai memanjat, menconteng, bergaduh dengan abang rebutkan permainan dan buku-buku peralatan sekolah abangnya. Syukur rasanya dapat tengok anak membesar depan mata. Perubahan demi perubahankan.
Yang paling best, bila puteri aku nie dah pandai makan. Dulu aku tak merasai nak memasak bagai untuk si Hariz, sebab abangnya dulu memang bukan jenis yang pemakan. Suap apa pun tak mahu. Susu saja yang dia nak. Tapi Amni nie, lain dari abangnya. Pantang nampak orang makan, semua nak. Insha Allah nanti aku kongsikan bagaimana permulaan pemakanannya.
Walaupun sepi itu indah, tapi aku harap blog aku tidak terus menyepi....