Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. akhirnya ada juga kesempatan untuk mencoret sesuatu pada bulan pertama tahun ini. Walaupun dah sampai penghujung bulan pun... Sebenarnya Januari tahun ini banyak merubah rutin harianku memandangkan Hariz kini berada di Pra-Sekolah jadi rutin paginya sama seperti murid sekolah rendah yang lain. Seisi petangnya pula aku hantarkan ke kelas Fardhu Ain. Itu yang aku fikir itu yang terbaik untuknya dari dia bazirkan masa dengan bermain jer kan.
Oklah.. Januari yang bermakna ini aku nak bawakan korang semua menjamu mata kat Pertandingan Memasak Mee dan Puding yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Puspanita CH baru-baru ni... dan macam biasa bila ada kategori kegemaranku... pastila taknak lepaskan peluang untuk join sekali kan...
Kita tengok hidangan kategori mee dulu...
Ini pula bagi kategori Puding
Dan syukur alhamdulillah puding yang aku sandarkan hari ni menjadi pilihan pertama juri....
Inilah dia
yang aku namakan Puding Trifle vs Tiramisu... aku menggabungkan resepi puding trifle dan juga tiramisu... sebab aku memang nak makan puding-puding tu... jadi tak tau nak buat mana 1 dulu, maka aku dapat idea untuk gabungkan menjadi satu... hehe... Tak sia-sia sebab percubaan pertama membawaku mendapat tempat pertama juga....alhamdulillah....