Melayan filem Esok Masih Ada membawa aku kepada persoalan nie. Berbohong untuk menjaga hati. Niatnya memang murni, ingin menjaga hati agar tidak terluka.
Bukankah lebih baik jika berterus terang, iainya melambangkan kejujuran. Dari kejujuran lahirnya kepercayaan. Bilamana pembohongan tu terbongkar ianya akan membuatkan hati org yang ditipu tu lebih terluka atau mungkin terus hancur remuk berbanding mengetahuinya dengan lebih awal.
Berbohong semata-mata untuk menjaga hati. Perlu ke begitu? Bagaimana kalau ianya melibatkan soal kehidupan, hidup dan mati orang yang dibohongkan tu. Masih perlu dijaga hatinya?
Dan bagaimana pula kalau kita sendiri yang mencari masalah, kemudian dengan "niat baiknya" berbohong demi menjaga hati. Itu macam dah menyalahgunakan niat baik or macam tunjuk baik.
Tepuk dada tanya selera. Bohong tetap bohong walau ape pun niatnya.